Sunday, June 5, 2011

Bukti Khasiat Tokek Ver 1


KOMPAS.Com, Sebuah kajian mengenalpasti bahawa binatang sejenis cicak yang disebut tokek dan sering digunakan dalam perubatan tradisional China atau traditional Chinese medicine (TCM) mempunyai kesan anti-tumor.
Sifat anti-tumor ini ditunjukkan melalui kemampuan menghambat tumor dengan cara menguatkan tenaga tubuh. Pasukan yang diketuai Prof Wang dari Universiti Henan, China, menunjukkan bahawa zat aktif tokek tidak hanya meningkatkan respons sistem kekebalan tubuh dari suatu organisma, tetapi juga menginduksi sel-sel tumor apoptosis (yang membunuh dirinya sendiri) serta menekan ekspresi protein VEGF dan bFGF, faktor penyokong berkembangnya kanser.

Kemoterapi-salah satu kaedah utama dalam rawatan kanser yang kerap dilakukan oleh para doktor saat ini-mempunyai kelemahan kerana tidak boleh selektif menyerang sel kanser sehingga memengaruhi zat anti kanser itu sendiri, juga mengandungi racun.

Pada 40 tahun terakhir ini, para ahli dari China telah mendapatkan dan menggunakan kaedah rawatan kanser yang lebih berkesan, yang diintegrasikan dengan TCM plus kemoterapi. Penemuan-penemuan tentang hal ini telah diterbitkan setahun lalu pada 7 Julai 2008 di World Journal of Gastroenetrology (Jurnal Gastroenterologi).

No comments:

Post a Comment