Tuesday, June 7, 2011

CARA-CARA MENJAGA TOKAY GECKHO

PEMELIHARAAN TOKEK/TOKAY/GECKO SUPAYA TIDAK STRESS & CEPAT MENAMBAHKAN BERAT:
  1. Jangan gunakan sangkar yang diperbuat dari besi atau kaca (aquarium). Tokek lebih suka hidup didalam sangkar kayu atau buluh, sebab paling dekat dengan alam semulajadinya. Tokek akan lebih cepat sesuaikan dirinya, dan tidak stress.
  2. Jangan gunakan sangkar yang terlalu besar, tokek akan cepat stress. Cukuplah hanya sekadar sedikit ruang untuk tokek bermain, masukkan buluh kedalam sangkarnya untuk tempat dia bersembunyi apabila rasa terancam oleh bunyi bising atau orang ramai.
  3. Tokek adalah binatang yang sangat bersih dan tidak suka sangkarnya kotor. Ia akan membuang najis di tempat yang sama setiap hari.
  4. Jauhkan sangkarnya dari tempat yang terlalu terang, sebaiknya tutup sangkarnya dengan jarring hitam seperti yang selalu digunakan di nursery (kedai pokok bunga).
  5. Jauhkan dari tempat yang selalu berasap.
  6. Jauhkan dari bunyi bising anak-anak jika anda membelanya di kediaman anda.
  7. Cahaya terang, asap, bunyi orang bercakap atau menjerit, bunyi radio, akan membuat tokek belaan anda stress dan akan melambatkan penambahan berat dan pembesarannya walaupun pemakanannya terjaga.
  8. Jangan sesekali berbincang tentang harga tokek dihadapannya, kerana ia akan bunuh diri atau mati maka anda akan kerugian besar. Bunyinya macam pelik tetapi percayalah kerana telah terbukti oleh banyak kes yang telah berlaku, bukan sahaja di Malaysia tetapi di Negara-negara lain juga.
PEMAKANAN TOKEK/TOKAY/GECKO, MAKANAN YANG BOLEH MENAMBAHKAN BERAT & PEMBESARAN YANG CEPAT:
  1. Tokek suka makan cengkerik, kupu-kupu, ulat buah, tikus, katak secara di alam semulajadinya.
  2. Untuk menambahkan berat tokek dengan lebih cepat:
  • Bagi makan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Jaga air minumnya supaya sentiasa bersih.
  • Untuk berat 300g - 390g : bagi makan telur puyuh yang telah direbus, kupas kulitnya, cincang halus, letakkan atas piring didalam sangkarnya sebanyak 3 - 4 biji sehari.
  • Untuk berat 400g - 500g : bagi makan telur puyuh yang telah direbus, kupas kulitnya, cincang halus, letakkan atas piring didalam sangkarnya sebanyak 5 -8 biji sehari.
  • Kurangkan cengkerik, lebihkan katak & tikus.
  • Untuk makanan tambahan: rebus sagu (sagu yang digunakan untuk buat kuih) dalam 100-200g, toskan airnya. Gaulkan sagu dengan madu lebah sehingga sagu tidak kelihatan lagi. (sagu boleh menambahkan berat dengan cepat selain dari telur puyuh.
  • Berikan serbuk calcium untuk kesegarannya. (boleh beli di Pet Shop)
  • Cara pemakanan ini mampu menambahkan berat tokek anda sehingga 45g -50g sebulan!

No comments:

Post a Comment